Wednesday, January 5, 2011

artikel berhubung dgn isu PENSWASTAAN.

asalamualaikum semua,


Hari ini saya akan menulis tentang isu yg sedang hangat di perkatakan. Saya terpanggil utk membaca kolum surat pembaca di MAJALAH I bertajuk KESAN PENSWASTAAN KEPADA NEGARA DAN RAKYAT yg ditulis oleh Presiden Majlis perwakilan pelajar 2009/2010 Universiti Islam Antarabangsa.

Di dalam artikel tersebut penulis telah menceritakan serba ringkas tentang permulaan sejarah penswastaan  beberapa  buah syarikat awam di Malaysia bermula sejak 1980an lagi. Terkini  penulis telah membangkitkan  hasrat kerajaan untuk MENSWASTAKAN AIR NEGERI SELANGOR kpd SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS)( disini persoalan yg timbul ialah saya tidak memahami  KERAJAAN  yg dimaksudkan oleh penulis. adakah ianya kerajaan negeri atau kerjaan pusat?) 

Selain daripada  itu, penulis  menyatakan pada dasarnya penswastaan merupakan salah satu langkah kerajaan utk meningkatkan pendapatan negara. Ini kerana, penswastaan dilihat sebagai peralihan kuasa monopoli kpd pihak swasta utk memaksimumkan keuntungan. (kepada sesiapa yg ingin meberi pandangan berhubung dgn kenyataan di atas sila post di komen saya.)

Penulis juga menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dgn cadangan penswastaan air Selangor jika alasan yg diberikan adalah kerajaan terpaksa menanggung kerugian yg besar akibat daripada pembaziran dan sikap mereka yg gagal membayar bil air. ( bg kenyataan ini saya tertanya-tanya dari mana penulis mendapat sumber maklumat ini kerana saya berpendapat bahawa dikalangan rakyat negara kita masih lagi terdapat sikap -sikap pembaziran di dalam penggunaan air dalam kehidupan seharian walaupun kerjaan berserta persatuan air yg ada giat menjalankan program - program penggunaaan air secara berhemah. Saya juga pernah terbaca tentang  artikel berhubung dgn kajian yg telah dijalankan dimana hasil drp kajian tersebut menunjukan peratus pembaziran air lebih tinggi berbanding dgn penggunaan air. Sebagai contoh mudah saya ambil contoh apabila kita  mengosok gigi knp perlu kita membuka air di pili sedangkan kita boleh menggunakan segelas air utk berkumur.)


Apa yg menarik perhatian saya ialah penulis menyatakan bahwa dia adalah  rakyat Malaysia yg perihatin dan bakal menerima kesan akibat dasar penswastaan . ( Saya tidak tahu dr segi apa yg penulis prihatin dan apa kesan yg bakal diterima oleh penulis itu sendiri.)

Setelah selesai membaca dan memahami isu - isu yg cuba diwar-warkan oleh penulis saya berpendapat artikel yg ditulis agak general dan berpendapat penulis perlu lagi membuat kajian yg lebih mendalam bg mengupas isu - isu yg diperkatan dan melihat tajuk tersebut dr semua aspek .


terima kasih.

No comments:

Post a Comment

selamat melayari dan membaca serta memahami blog ini......

ini lah blog pertama saya diharap agar blog ini akan berkekalan dan mendapat sambutan .......................... hahahahahahahahahahh