Sunday, August 21, 2011

"Wana Bein Eidiek"

salam ramadhan .

hari ini  penulis  kembali memblogging semula dan memilih lagu arab sbg tajuk blog. mesti korng tak kenal Nancy Ajram kan? sebenarnya penulis pun tak kenal . penulis  mula jatuh cinta dgn lagu dia bila first time dgr lagu dia bertajuk "Wana Bein Eidiek" yg membawa maksud when I'm  in  your arms. 
irama lagu dan video klipnya menarik simple dan sesiapa yg menonton pasti mampu menghayati dan memahami bait- bait seni kata lagu tersebut. Jadi dengar dan hayati la video di bawah ......... selamat mendengar............................  



sebenarnya penulis sedar semenjak akhir- akhir ini penulis gemar mendengar lagu irama timur tengah sbbnya rasa tenang dan relax.( mungkin sebab usia yg sudah menjangkau 3 series sopenulis berpendapat  dgr lagu irama sebegini amat sesuai hahhahhhahhhahahhaha) . Apa- apa pun tahniah kpd penulis lirik berserta penggubah lagu  kerana berjaya menghasilkan sebuah lagu yg sgt baik!!!!!!!. 


pada pandangan peribadi  penulis,  penulis lirik dan penggubah lagu merupakan org yg BRILLIANT kerana mereka mampu mengarang/menulis dan mengubah rentak lagu supaya menjadi satu karya yg tinggi nilai estetiknya dan tidak semua org dikurniakan bakat sebegitu rupa. fikir - fikir kan lah yer..... 


P/S: pada blog kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa gambar sewaktu annual dinner 1001 arabic night.... mmg meriah mcm-mcm fesyen ada. yg pasti penulis dgn kostumnya  yg tersendiri hahahhaahahahhahahha.........




penulis bersama teman baiknya (peminat setia :) )


pakaian ke dua penulis sewaktu menjayakan teater muzikal :)
penulis bergaya bersama trofi yg dimenanginya MOST WANTED  ( apa yg wanted sgt pun x th la )

ini lah dia kakitangan OP 2 yg gila2 hahhhhahahahahhaahhaha
inilah rupa penulis yg sebenarnya hahahahahahhhahha



Wednesday, August 3, 2011

LIVERPOOL FC - ASIAN TouR...

Sebelum memblogging, aku nk ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SALAM RAMADHAN.
hahhhaaha kali ni aku nak cerita ( sebenarnya nak post gambar-gambar jer nak menulis takde idea sangat ahhahahaah) tentang pengalaman menyaksikan perlawanan di antara pasukan HARIMAU MALAYA VS LIVERPOOL FC. 


Penulis bergambar bersama dua org peminat blognya hahhahhahaha












Liverpool FC




Wajah keriangan & kebanggaan terpancar jelas







Apa pun walaupun pasukan HARIMAU MUDA tewas 3-6 aku tetap gembira dan berpuashati. Stadium dipenuhi dgn baju merah (Liverpool fans) yg sporting dan sentiasa menyokong kedua-dua pasukan. ini yg dikatakan Semangat Bola. aku memang berasa sgt bangga sbb inilah kali pertama pasukan LIVERPOOL turun ke MALAYSIA dan aku dpt tgk perlawanan tersebut. hhahahaahaahahahahah

Tuesday, June 28, 2011

Snooker dgn Abg Besar

salam dunia lama aku x memblogging. Siap kena sindir2 lagi dgn peminat2 aku hahahhahahahah. mlm ni aku nk cerita pasal hobi lain aku yg selalu aku habiskan masa dgn geng2 aku . aktiviti tersebut ialah menunjal bola aka Snooker.
gua rs dah mcm mafia italy la hahahhaha     
ok sekarng kita berbalik kepada cerita snooker td. aku kenal kan ahli2 jemaah snooker aku.
jemaah pertama : Pet AKA Champion tp kdg2 Chempiang ( dia skrg aku pnggil abg BEsar) merangkap AJK keselamatan,kalo ada kes kat kedai snooker aku hntr dia dulu tp kalo ada rush polis aku rs dia kena tinggal dulu la  ahahahhaahahhah.
jemaah kedua : Zamani AKA the cedukman. dia AJK bhagian survey kedai snooker bukak ke x? kalo main dgn dia tanam bola hitam sure dia x blh main hahhahahahhahhahaha. slalu kalo mng dgn aku pun sbb bola dah terjuih depan lubang jer tinggal nak jolok jer  hahahahhaahahah
jemaah ketiga : aku la sape lg. aku mcm biasa la gila kuasa dan melantik diri aku sbg pengerusi tetap seumur hidup hahahahahahahhaha.aku xla terror main tp kalo dtg seru , jemaah pertama n kedua ni senang2 jer aku balun hahahhhahahaha.

gaya abg besar menunjal. tips kalo nk main snooker dgn dia kn tgk video sbb dia selalu mng kalo tgk video hahahaa    
gaya the cedukman mem pamerkan skill2 ceduk bola org depan lubang.
tu la sedikit sebnyak cerita aku tentang aktiviti dgn geng2 snooker ni. aku pun dh jarang main dah sbb abg besar dah jarang turun hahahhah.

p/S: pet aka abg besar blog ni khas utk kau hahahahahha.

Saturday, April 23, 2011

Mari la bersenam .....

salam dunia,



lama aku tak memblogging tiba2 hari ni dtg semangat nak memblogging.
hari ni aku nk share video senaman perut yg mungkin para pembaca praktikan sbb sng dan mudah utk di buat di mana2 sahaja.

http://www.youtube.com/watch?v=zE2tIaUyN5k&feature=relmfu

sbnarnye skrg aku sedang cuba nk disiplin kan diri dan nak jaga badan agar sihat sbb dah rasa berat hahahahahahah so saksikan la video di atas .


aku suka gambar ni sbb aku berjaya merosakkannya hahahahaha
p/s di harap dgn ada nya tugas baru ni hidup aku lg teratur dan bertambah rajin .
.

Saturday, February 5, 2011

Hadiah hari lahir >>>>>>>>>

Salam dunia ,

Lama x memblogging  so aku kembali utk memblogging hahahhahahahaha. Sempena menyambut hari lahir yg ke 31 tahun ( perghhh dah msuk 3series dah aku ni! bnyak nk kena jaga mkan&minum aku , amal ibadat aku nk kena tmbah lg ni dan yg plg penting kulit muka nk kena sentiasa maintain tkut kedut hahahahahhaahahahaha). aku nk cite sikit pasal hadiah yg pernah aku terima. aku rs setiap org pernah terima atau akan terima hadiah setiap kali menyambut ulang tahun hari lahir korang percaya atau tidak ikut korng la hahaahahhahahha.
hahahaha kat office aku sape2 nye hari lahir akan dpt habuan cam ni , kalo tgk btul2 cam in memory with love hahahahhah. ( gambar tak boleh pilih nsib la kalo gambar x pose maut :) ) tq to office aku at least ada jgk yg lainnnye .

ok sekarang kt berbalik semua kpd topik utama kita, dlm hidup aku sepanjang 31 kali menyambut ulang tahun kelahiran aku ada beberpa hadiah yg aku terima sgt bermakna dlm hidup aku walupun x seberapa :)
kes pertama -  aku dpt hadiah pendrive dr kakak aku perghhhh tu mmg kebetulan aku mmg tgh cari pendrive sbb aku nye dah penuh tiba2 kakak aku dgn selambar bg pendrive tu sbg  hadiah bday hahahahahahaha senyum lebar aku . walaupun x seberpa tp impaknya sgt besar sbb menyelamatkan segala report yg aku buat hahahahaah tq sis.
kes kedua - dpt jam Guess . smp skrg ada jam tu dan yg paling aku syg . hajat nak waris kepada anak aku hahahahahahhha.
kes plg berat dan gempak- ada seseorng belanja aku tgk mini show Anuar Zain. perghhhh tu mmg pling best and grand . Smp skrg aku x blh lupa mini show tu xth la mcm mn nak blas hadiah tu tp aku percaya satu hari nnt aku akan bagi blik hadiah yg setimpal pada org tu AMINNNNNNN.


ni beberapa aksi anuar zain yg smpt aku snap. ( suara anuar zain mmg merdu ptt la ramai pompuan gila2 kan dia hahahahahhaha )



ada bnyak lg photo yg aku snap tp xnak la share kat sini hahahahahhahaha. 

 Pada aku hadiah yg kita terima pada hr ulang tahun kelahiran kita adalah sbg tnda org tu mengingati kita . tak kira murah ke mahal, besar ke kecik, banyak ke sikit just kita bersyukur jer . yg penting kita harus bersyukur kepada ALLAH SWT sbb memenjangkan umur kita utk tempoh setahun lagi agar kita berpeluang lagi utk menambah amal ibadat kita serta berbakti kepada org lain . renung2 kan lah yer :) 
aku berdoa dan berharap agar bila dah 3 series ni aku dan kawan2 aku terbuka hati utk mengerjakan segala suruhan-NYA ( xde nak tuang2 lagi dah kawan2 haahhahahaha)



ni hadiah yg aku beli utk diri sendiri hahahaha xperla walaupun torres buat onar di hari lahir ku aku tetap liverpool :)

p/s ada permintaan utk aku buat blog pasal snooker (sukan tambahan yg aku selalu hbiskan masa dgn kawan aku.) kepada shabat ku saudara rizal aka pet sabar yer permintaaan anda akan dilayan hahahahaha. penulis tgh sibuk mengumpul bhn serta bukti2 kewujudan kelab snooker damini yg di ketuai oleh sy sendiri hahahahahhahahha.)

wasalam

Tuesday, February 1, 2011

Kegembiraan ku ..........

 
aku x th kenapa aku minat sgt dgn lagu ni mungkin bahasa senikatanya 
sgt putis dan telah mencapai tahap tertinggi serta memerlukan 
  pengamatan&penghayatan yg sgt dalam >>>>>> hayati lirik lagu ini :)

salam dunia.

setelah beberapa hari tidak sempat memblogging hari ini aku kembali utk memblogging semula. aku memutuskan utk  memilih tajuk KEGEMBIRAAN KU.... agak ringkas tajuknya tp kalau kita hayati dan fahami mungkin memberi seribu satu makna kepada kita, cuma terpulang kepada individu itu menterjemahkannnya .

 Pagi tadi aku tertarik dgn ayat boss aku yg berbunyi " sebenarnya dlm kehidupan seharian kita komuniti di pejabat merupakan org yg selalu kita jumpa dan tanpa kita sedari dlm sehari kita akan luangkan masa selama 8 jam dgn mereka" hurmmm yerla aku baru sedar kebenaran tentang ayat boss aku tadi. so kepada jabatan operasi 2 tq sbb menceriakan hidup aku . tak lupa jugak warga DAMINI yg lain ahahahhaahahahhhaa.
ni sebahagian drpd artwork aku yg tak mungkin ada salinan hanya satu dalam Malaysia ,,,,
aku boleh katakan gambar di atas dirakam sewaktu aku di dlm keadaan gembira mana tidaknya kalo aku dh bergabung dgn geng 4 jahanam ni mmg hancus dan akan ada sessi bahan membahan smp dah takde bahan. nasib la masing2 dah lama kenal hati budi masing2 kalo tidak mau terbang semua benda. ahahhahhahahahaha tp tu lah kawan aku hurmm mcam2 perangai apa2 pun lantak la korng jnji korng gembira......aku mcm biasa la tetap aku yg mcm dulu dan mcm biasa kalo aku xde pejabat tu sunyi jer mcm ada kematian tp bila aku ada nah ambik kau terpekik2 dgr suara aku yg tinggi mcm azlan the typewriter. 

gambar kenangan sewaktu majlis rumah terbuka jabatan operasi 2 mmg meriah kan ahahahhahahahahah
Ni salah satu kenangan yg mungkin aku tak boleh lupakan . tgk la sendiri masing2 dah kuar kan perangai gila2 masing hahahahhahahaa. Sebenarnya budak- budak OP 2 ni banyak simpan kuku tp sekali dtg perangai gila
senduk pun boleh jadi bahan . apa2 pun ini la kawan - kawan aku yg ada dlm hidup ku. hahhahahha.


ni wajah serta penampilan aku yg terbaru ;)




aku mcm biasa la dgn gaya aku yg berbeza dan ranggi metropolitan, rambut stail tobek kena sagat sebelah kiri hahhahha sekurang2nya aku ada trademark tersendiri :) ( ala nnt aku akan back balik jd mcm org normal la hidup ikut aturan bukan apa tak best la jadi org skema ni hahahahahhahahhaahhah lagipun apa kena mengena gaya dgn budi perkerti .). ada satu kata2 pujangga yg nak aku kongsi dgn korang " setiap org yg kita jumpa dlm hidup kita ada nilai dan keistimewaan mereka tersendiri jadi belajar la memahami mereka kerana sekirnya kita berjumpa dgn org yg seakan- akan sama seperti mereka, maka mudah la kita utk memahaminya - fikir2 kan la yer"
sebelum aku mengakhiri sessi memblogging ni ada satu benda yg aku nak share dgn semua org . Sebenarnya aku sgt gembira dan suka bila semua org di sekeliling aku gembira dan suka sbb aku tp aku tak tahu smp bila aku mampu utk mengembirkan semua org sbb aku th satu hari nnt tugas aku akan berakhir juga.............
p/s hari ni  bday aku yg ke 31 tahun so kna la rajin buat amal ibadat ahahahahahaah (mengingatkan diri sndiri dan sapa2 yg teringat )

Wednesday, January 26, 2011

Sukan Baru yg aku Ceburi ........

Salam dunia.............

Hari ni aku akan memblogging pasal sukan yg baru aku ceburi dan berjinak-jinak . diam tak diam dah dekat setahun lebih aku terlibat didalam sukan ini. Korang nak tahu sukan ape??? cuba teka tettttttttttttttttttt masa dah tamat!!! jawapannya adalah sukan GOLF>>>>>>>>>>>. Tp sebelum aku memblogging kita layan dulu video di bawah   .... ( sekadar hiburan tak ada kena mengena dgn sukan golf pun haahahahahhahahhaha)


Sekarang kita sambung balik memblogging pasal kisah sukan yg baru aku ceburi tu.mesti korang tertanya - tanya mana datang minat n idea nak ceburi sukan golf ni . kisahnya bermula kira-kira setahun lebih yg lepas aku, mimie & shamie duk minum2 tiba mimie tnya korng x minat nak belajar main golf? Maka bermula dr situ lah minat terhadap sukan golf dtg. ( tp yg aku bengang kat mimie smp sekarang sbb dia yg bg idea alih2 smp sekarng set golf pun xde nak menghayun lagi la x reti . aku rs aku th sbb ape dia jd mcm tu mungkin dia merajuk dan patah semangat sbb masa kitaorng pg test set golf , pekerja kedai golf tu sudah ckp kat mimie "abg, abg pegang kayu golf dah mcm nak sebat biawak... aku dgn shamie dgr bantai gelak kaw2 nye. tp kalo aku jd mimie mau kayu golf tu melekat kat kepala macha tu hahahahahhahahhaa. xpe mimie aku blh ajr kau  yuran aku kenakan murah jer RM 150 / jasmine hahahahaahahhahahaah )

ada macam TIGER WOOD  tak ???


Bagi mereka yg tak pernah cuba memukul bola golf kalo ada masa cuba2 la yer, nampak mcm senang tp sebenarnya sgt susah. Pertama kali aku turun berlatih memukul kat driving range mak aiiii nak habiskan 100 biji bola mmg seksa sampai jari melecet hahahahhahaha mmg lawak tapi skrng ni setakat 200 biji selamba jer aku hayun ;) . Driving range bertujuan utk melatih kita dalam mendapatkan rentak hayunan serta bagaimana kita nak mengawal arah tuju bola. Kalo selalu turun berlatih ,pasti hayunan anda power dan cantik hahahahahhha. tu la pengalaman pertama turun driving range. Sekarng kita cerita pengalaman pertama aku turun bermain di lapangan golf sebenar. Mula - mula agk nerves jgk la maklum la pertama kali main di lapangan tu pun 9 lubang jer . aku bwak bekalan 20biji bola bila habis main tinggal 2 biji jer hahahahahahahahah pegghhhhhhhhhhh mmg ssh main golf ni .Tp tu dulu la skrg ni kalo bwak 20 biji kalo hilang pun 2-3 biji jer tu pun sbb msuk dlm air dan yg paling best aku dah main 18 lubang ( fuhhhh mencabar jgk rupanye).


uhhhhh sgt bergaya !!!!!!!

Mesti dalam fikiran korng ada persoalan apa bestnye main golf ni? meh sini aku jawab sbb utama ialah kita akan rs teruja bila hayunan yg di buat cantik serta mantap dan bola yg dipukul betul2 landing dekat dgn pin hole nak2 bola tu terus masuk lubang perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  keterujaannya mmg ssh nk di ucapkan dgn  kata2 apa lagi nak di zahirkan dgn perbuatan, pendek kata sapa2 yg selalu main golf tahu la perasaan yg cuba aku gambarkan .................. classs gitu.
antara aksi2 aku yg dirakan oleh wartawan sukan ahahhahah

Sebelum aku akhiri blogging aku ni. aku nak bg beberapa tips yg berguna kalo sapa-sapa nk menceburi sukan GOLF ni :-
  • kepala kena tgk bola waktu nak buat pukulan dan jgn  angkat kepala walaupun pukulan dah dibuat sbb bila angkat kepala mmg la bola yg dipukul tak pegi jauh sbb pukulan tersebut  hanya kena pada bahagian ats bola shj.(contoh sila rujuk gambar no 1 ala gambar masa aku nak tee off tu )
  • tangan kiri mesti sentiasa lurus dan kuat  sewaktu buat pukulan sbb kalo tangan kiri lurus maka impak terhadap bola akan mantap.(contoh gambar no 2 tu ahahhahhhha)
  • jangan terlampau menghenyak bola sewaktu melakukan pukalan sbb korng rs mcm dpt pukul jauh bila henyak bola tetapi teori tersebut salah . sebabnya  apabila kita mengenakan tekanan yg lebih sewaktu melakukan pukulan maka hasil hayunan akan menjadi tidak kemas dan tidak stabil.
  • mental kena kuat sewaktu bermain di lapangan . bermain ikut keselesaan diri bukan mengikut pencabar anda.( sukan golf adalah pertarungan diantara anda dgn padang golf . setiap lubang mempunyai tahap kesukaran yg tersendiri.)
  • kena rajin pergi driving range praktis pukul. kalo nk cpt pandai sekali  pukul 1000 biji bola ( conferm korng power x pun jd gila hahaahhahahha)
  • jgn tkut hitam sbb main golf mmg kn berjemur br feel .( pakai la bnyak mana sunblock tetap hitam jugak)
  • duit kena banyak hahahahahahahahahahahahahahhaahahah .
itu saja tips yg dpt aku bg . kpd pembaca - pembaca blog yg berminat nak belajar atau merasa menghayun kayu golf , sila tinggalkan komen anda dan anda akan di layan sebentar lagi huhuhuhuhuhuhu :)

p/s aku x berkesempatan nak cuba night golfing hope nnt dpt la aku main.

Sunday, January 23, 2011

Pasukan Bolasepak Kegemaran Ku

Liverpool FC - cawangan Malaysia
Salam Dunia,


Macam biasa topik mesti la ada sangkut paut dgn bolasepak. ( pas ni aku akan updated blog aku tentang sukan yg baru aku join and belajar.diam tak diam dah setahun aku ceburi sukan baru tu.) ok berbalik semula kepada topik utama Pasukan Kegemaran Ku, kalo korang tgk gambar di ats sah - sah dah tahu aku ni peminat pasukan EPL yg mn satu . LIVERPOOL F.C. aku minat pasukan semenjak aku di  tingkatan  2 lagi masa tu CANDY sponser pasukan Liverpool ohh sungguh klasik mengimbau zaman ramaja  dulu  hahahaahhhaa.  sebelum aku bercerita dgn lebih lanjut aku nk bgth korng kat pejabat aku tu majoriti semuanya peminat Liverpool mesti korang tak caya kan ahahahahhahahaahah tp itulah kenytaannya. 

Sekarng masa utk berkenalan dgn model - model di atas. dari kiri azmi aka robbie keane ( tp main dgn liverpool mcm hampeh) depan tgh aku la Affendy Torres ( aku mmg minat cara permainan Torres very skillfull dan memiliki penyudah yg tajam ) sbelah kanan shamie aka gerard  ( tp aku prefer dia jd pepe reina sbb kepala dah sama hahahhahahhhahah) dan yg belakang tgh tu SAIDA dia kata dia  pengurus kami lantak la janji dia happy. apa - apa pun aku mmg gembira menyokong pasukan ni smp aku tua dan akan aku pastikan anak - anak aku nnt sokong pasukan ni hahahhahahahahaha.( skrg ni best sikit sbb STANDARD CHARTED yg sponser kalo tak CArlsberg nk bergaya pun susah ).


Kalo negara pulak aku mmg sokong pasukan GERMANY . ingat lagi aku dr zaman jurgen klinsman smp ke podolski aku tetap GERMANY. aku suka corak permainan yg di tunjukan oleh pasukan GERMANY yg agak teratur kemas dan sentiasa mempunyai pemain muda yg berbakat dan skill yg tinggi.( knp la aku tak lahir kat Germany kalo tak sah - sah aku main satu team dgn podolski dan ballack hahhhahahhhhaha)

Pasukan GERMANY cawangan Taman Mayang 


ahhh gambar ni mmg aku tak boleh tgk sbb shamie la bikin spoil . mn ada pemain bolasepak tangkap gambar senyum nmpk gigi .betul la shamie ni tak blh bawak majlis. Jersi ni dpt drpd waffa dia mmg suppplier jersi . aku mmg selalu beli dr dia boleh dikatakan kesemua  jersi yg aku ada semua ambik dr dia .mari la kita berkenalan dgn pemain - pemain di atas . dr kiri azmi (no 13 ballack la konon), shamie( no 11 klose la sgt) Bad ( no 7 Schweinsteiger tp aku rs ni versi rendang) dan aku ( no 10 podolski hahahahhahaha)
Tapi apa - apa pun dorang ni la kawan baik aku atau dikenali sbg 4jahanam. ( lama oooh kitaorg dh kenal dr masa mula kena  ragging kat sg tenggi smp la sekarng ni. pendek kata dr pada masing - masing kurus smp ke berisi tetap berkwan dan maintain cuma shamie jer yg bnyak sgt BERUBAH HHAHAHAHHAHAHHAH.

Cuba teka sape????


Moral drp cerita diatas ialah pilih la pasukan kegemaran anda dan sokong sepenuh hati dan pesan saya kawan ketawa sng nak di cari tp kalo kawan menangis ssh nak jumpe tp apa - apa pun ni la kawan terbaik saya dunia akhirat . (kitorng dah jnji nak pg umrah sama - sama  tp sebelum tu nk pg Hattnyai dulu hahahah).

Thursday, January 20, 2011

BOLA SEPAK DALAM KEHIDUPAN AKU.

Player kegemaran ku!


Salam dunia,

Mesti semua tertanya - tanya knp aku suka tulis blog aku pasal bola sepak? jawapannya senang jer. Bola sepak adalah sukan kegemaran semua org dan bola sepak akan tetap begitu smp bila - bila. Pada aku bola sepak ada nilai seni nya yg tersendiri dan hanya org - org yg pernah terlibat tahu  nikmat bermain bolasepak.Seperkara lagi yg menariknya tentang bola sepak adalah  setiap jaringan yg terhasil tidak akan sama walaupun jaringan itu dibuat oleh org yg sama. fikir - fikirkan la yer.........


Nak tahu pada usia berapa tahun aku mula minat  bermain bola sepak? kalo diingat - ingat balik aku mula bermain bolasepak semenjak aku darjah 3 ( 9 tahun ). Mula-mula aku pun x berapa terror sgt bermain bola sepak tp disebebkan minat aku sanggup main bolasepak tghari buta bersama rakan2. ala time tu sekolah  rendah mesti la lasak . setakat baju dan kasut yg putih tu senang - senang jer aku kasi hitam pastu bila balik umah senang - senang jer aku kn tibai dgn arwah mak aku (al - fatihah). Seingat aku apa yg membuatkan aku pandai bermain bolasepak ialah sbb aku ni tiap - tiap petang main bola sepak, yg paling aku suka ialah team aku akan adakan perlawanan dgn budak - budak dgn kg lain. (perlawanan persahabtan budak - budak di mana main xde jersi , xde pengadil, berkaki ayam  dan slalu gaduh jer bila kalah ahahhahahahaa.) Satu lg yg bt aku x blh lupa pasal bola sepak ni ialah arwah mak aku selalu marah aku sbb balik dah lepas maghrib dah hari - hari aku akan dgr ayat dia "asyik main bola jer bc buku xnk nnt bola tu kena masak bt sup bagi aku mkn" hahahahaaha , maklum la org tua kita ni marah n bising kat kita sbb sayang anak - anak dia. 

Ni aku nk cite kenangan waktu pemilihan bg pasukan bola sepak bawah 12 tahun sekolah rendah aku (SKKB). Korang nak tahu aku pakai kasut  bola jenama ape? Jenama Fong kiong  ( kasut bola getah atau pun aku gelar but keling sbb keling mmg suka pakai kasut bola  tu haahahahhhha) ala ms tu itu jer yg aku dpt lgpun bdak2 lagi mn la nak thu fesyen yg bergaya. lantaka la janji masa tu aku rs bergaya dan dpt pakai kasut bola :). Rasa - rasa korng aku terpilih x? mestila terpilih tp dpt jadi pemain simpanan jer hahhaahhaahhaaha. xperla sekurang - kurangnya dpt jugak wakil sekolah. Korang nak tahu x masa ni aku mmg penyokong kuat pasukan Warga Kota ( Kuala Lumpur Juara Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut).

Skrg ni kita masuk ke zaman aku sekolah menengah pulak. Minat, skill dan kegilaan aku terhadap bolasepak makin bertambah. zaman sekolah menengah waktu pemilihan pasukan bola sepak bawah 15 tahun aku join jugak aku decide nak main posisi penjaga gol ahhahahahhhaha. Nak tahu knp? sng jer jwapanya posisi penjaga gol ni sng nak dpt sbb jarang - jarang org nk jadi penjaga gol sbb pertama tkut kena remabat kat muka, sbb kedua kena berani bila bola dlm situasi 50 - 50 dan satu lawan satu dan sbb terakhir jd penjga gol ialas x famous sbb x bergerak duk statik jer dpan pintu gol. tapi aku peduli ape jnji dapat wakil sekolah tapi mcm biasala jdi pemain simpanan lagi la hahhahhahhha.

Selepas berjaya menempatkan diri di dlm pasukan bawah 15 tahun , confirm - confirm la aku dpt join team bwah 17 tahun so mcm biasa la posisi penjaga gol jugak la jawabnye. masa ni aku dah pndai bergaya kasut bola aku pakai ADIDAS QUESTRA huhuhh mmg bergaya. maklumla zaman tu kira dah bergaya  la tu hahahahahhha. Bila usia aku menginjak 17 tahun aku lg agresif bermain bolasepak dan aku mula sedar posisi yg bgus utk aku ialah pertahanan kanan.Utk pengtahuan korang pada usia aku 17 thun aku menjadi wakil bg pasukan PEMUDA PAYA FC bermain bagi KL league Divisyen 3. Masa ni la br aku merasa mcm mn training sebenar pasukan bolasepak mmg lasak latihannya semuanya sbb nk megekalkan stamina sewaktu bermain bolasepak. Tp malangnya Pasukan PEMUDA PAYA FC terpaksa di bubarkan ats beberapa sebab. Sebab utama ialah Ketiadaan Penaja yg keduanya sbb ramai pemain yg cedera dan terpaksa berehat panjang.secara tidak langsung team tu dibubarkan maka berakhirla era kegemilangannya.

ni aksi salah satu aksi aku bergaya kan hahahahhaha.


so setakat ini sahaja cite bolasepak dlm hidup aku. pada aku bola sepak ni akan menunjukan sikap diri kita yg sebenarnya........ tp aku paling xblh belah bila dpt th ada lelaki kaki bangku x th main bola eeeeeeee malunya ahahahhahaahhahahahaahaahahhahhaahahhha.



Sunday, January 9, 2011

(SMST 1997)

Pasukan bola sepak SMST 97 bawah 17 thun.



Bila aku tgk photo ni aku teringat kisah team bolasepak sekolah menengah aku dulu. gambr ni aku dapt dr kawan aku daffy daud dia post kat FB . gambar ni masa  aku tingkatan 5 (17 tahun) yg pasti mmg time ni aku sgt kurus hahahhahahahhahahahhaha. maklum la usia remaja la usia nk badan sekeping dan mcm mat fit.

Macam biasa sessi perkenalan. barisan hadapan dr kiri aman, tengku, cikgu hussnin ( coach ), faisal & yud. barisan tengah dr kiri jgk bdk ni aku lupa nama dia, din, daffy,wan mohd roslin,fairuz & damanhuri. barisan belakang dr kiri la jugak itik,saat,ni pun aku lupa nama dia dan aku la sape lg.

aku nak cite tentang pencapaian pasukan bolasepak ni .kalo ikut sejarah aku rs coach ni yg plng teruk dan aku tak tahu taktik ape yg dia pakai. ahahahahhahaha
adasekali tu coach tu pakai strategi 1-3-7( gila main defend sampai 7 org aku pun x th mn dia blajar daaaaaaaaaaaaaaa) akhirnye mcm biasa la bila x perform kna la pecat . ala tu kan trend kat EPL kalo coach tak bagus pecat sudah. Selepas pemecatan tempatnya digantikan oleh seorng cikgu muda yg lebih tektikal dan hasil drpd latihan yg agk gila jugak pasukan ni layak dan menjadi juara grup B. 

Itu semua dah jadi sebagai sebahagian drpada lipatan sejarah pasukan bola sepak sekolah aku. mesti semua nak th kan apa yg jadi kepada ahli pasukan bolasepak ni kan setelah 13 tahun?
kita mulakan barisan hadapan dr kiri aman ( aku xth ape jd dgn dia sbb lpas tamat SPM smp la ke hari ni aku xpnh jumpe dia so x th ape jd pd dia), tengku ( pun sama jgk xth ape jd), cikgu hussnin ( conferm2 la dia jg cikgu lagi tp x th la dah jd coach ape x pun dh bersara ahahhahhhhaha),faisal ( aku ada jumpe br2 ni tu pun col aku sbb tnyenak pg ICT. aku terkjut tgk bdan dia yg naik mendadak lps dia bt operate lutut dia. dah mcm kingkong dah hahahahaaaaa. mamat ni best frenz aku la ms sekolah sma2 naik bantai org .mamat ni skrg dah jd pegwai alam sekitar.)yud( aku rs dia bdan maintain sbb skrg dia jd penguatkuasa DBKL) . barisan tgh dr kiri jgk mamat ni aku lupa nama dia ( so aku tak tahu apa jdnye),din ni aku pun x th sbb dia ni junior aku so ada aku kisah ke nak ambik tahu) , daffy dia skrg jd tauke catering meneruskan legasi ibubapanye. ( dia masih aktif lg bermain bolasepak utk kelab catering dia . aku pnh join sekali main. gila la dah mcm perlawanan persahabtan antrabngsa sbbb team dia ramai indon . paling aku x tahan first half rehat makan mee aku tau la team catering tp jgn la smp mcm tu ahahaahhahhahhahaha), wan aku pun x th ape jd pd dia, fairuz hurmm mamat ni pun dah kembng gila mcm org utan badan & damanhuri aku dgr dia keje kat kantin tabung haji tu jea yg aku th. barisan belakang dr kiri jgk itik aku tak tahu apa jd pada dia, saat ni pun kwan baik aku time sekolah org ckp aku kembar dgn dia tp enthala. skrg ni dia jd arkitek dah bdan pun naik bagai di pam2, mamat ni pun aku x th ape jd dan last skali aku la ( badan aku naik sikit la actually naik bnyak sbb aku jumpe member sekolah semua mcm x cam aku sgt pastu di tambah dgn statement akak aku ckp aku dh boroi ahhhhhh tidakkkkkk.

apa2 pun tu semua kawan2 aku . sekurang - kurangnye merasa jgk mnyarung jersi sekolah dan mengharumkan nama sekolah >>>>>>>>>> 





Wednesday, January 5, 2011

artikel berhubung dgn isu PENSWASTAAN.

asalamualaikum semua,


Hari ini saya akan menulis tentang isu yg sedang hangat di perkatakan. Saya terpanggil utk membaca kolum surat pembaca di MAJALAH I bertajuk KESAN PENSWASTAAN KEPADA NEGARA DAN RAKYAT yg ditulis oleh Presiden Majlis perwakilan pelajar 2009/2010 Universiti Islam Antarabangsa.

Di dalam artikel tersebut penulis telah menceritakan serba ringkas tentang permulaan sejarah penswastaan  beberapa  buah syarikat awam di Malaysia bermula sejak 1980an lagi. Terkini  penulis telah membangkitkan  hasrat kerajaan untuk MENSWASTAKAN AIR NEGERI SELANGOR kpd SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS)( disini persoalan yg timbul ialah saya tidak memahami  KERAJAAN  yg dimaksudkan oleh penulis. adakah ianya kerajaan negeri atau kerjaan pusat?) 

Selain daripada  itu, penulis  menyatakan pada dasarnya penswastaan merupakan salah satu langkah kerajaan utk meningkatkan pendapatan negara. Ini kerana, penswastaan dilihat sebagai peralihan kuasa monopoli kpd pihak swasta utk memaksimumkan keuntungan. (kepada sesiapa yg ingin meberi pandangan berhubung dgn kenyataan di atas sila post di komen saya.)

Penulis juga menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dgn cadangan penswastaan air Selangor jika alasan yg diberikan adalah kerajaan terpaksa menanggung kerugian yg besar akibat daripada pembaziran dan sikap mereka yg gagal membayar bil air. ( bg kenyataan ini saya tertanya-tanya dari mana penulis mendapat sumber maklumat ini kerana saya berpendapat bahawa dikalangan rakyat negara kita masih lagi terdapat sikap -sikap pembaziran di dalam penggunaan air dalam kehidupan seharian walaupun kerjaan berserta persatuan air yg ada giat menjalankan program - program penggunaaan air secara berhemah. Saya juga pernah terbaca tentang  artikel berhubung dgn kajian yg telah dijalankan dimana hasil drp kajian tersebut menunjukan peratus pembaziran air lebih tinggi berbanding dgn penggunaan air. Sebagai contoh mudah saya ambil contoh apabila kita  mengosok gigi knp perlu kita membuka air di pili sedangkan kita boleh menggunakan segelas air utk berkumur.)


Apa yg menarik perhatian saya ialah penulis menyatakan bahwa dia adalah  rakyat Malaysia yg perihatin dan bakal menerima kesan akibat dasar penswastaan . ( Saya tidak tahu dr segi apa yg penulis prihatin dan apa kesan yg bakal diterima oleh penulis itu sendiri.)

Setelah selesai membaca dan memahami isu - isu yg cuba diwar-warkan oleh penulis saya berpendapat artikel yg ditulis agak general dan berpendapat penulis perlu lagi membuat kajian yg lebih mendalam bg mengupas isu - isu yg diperkatan dan melihat tajuk tersebut dr semua aspek .


terima kasih.

Sunday, January 2, 2011

Damini F.C

Inilah team Damini FC yg pertama ditubuhkan .Waktu ni jersi disponser oleh En Hairi ( skrng dia dah berkhidmat di JPN) .Sebelum di ceritakan dgn lebih lanjut lg tentang pasukan ini elok lah di ceritakan sejarah penubuhan pasukan tersohor ini. Idea awal penubuhan team ini adalah drpd MD damini sendiri iaitu En BOB. semuanya bermula apabila  sebuah pasukan luar meminta pihak Damini menaja mereka.Maka tercetusla idea utk menubuhkan pasukan DAMINI F.C pada tahun 2007.
Baris hadapan bermula dari kiri : apiz,ijoi,mad nor,lupa nama mamat ni, yazid, aku ( affendy),farhan & bad.
baris belakang bermula dr kiri jugak : azib,azrul,sham,awal,suffian,shamie, awe &sudin. 
gambar ni dirakamkan  sewaktu perlawanan persahabatan bertemu dgn SRT EON ( syarikat keselamatan la kalo korng nak th)
keputusan perlawanan ini memihak kepada DAMINI FC dimana pasukan lawan dibelasah 6-1( sebenarnya aku pun mcm x caya boleh mng besar sbb tu la pertama kali DAMINI FC bermain secara rasmi hahahaahhaha xpun mmg team lawan tu cap AYAM). Apa2 pun menang tetap menang dan dr situ DAMINI FC terus mengorak langkah utk menyertai pertandingan bola sepak dgn lebih serius.
Hasil drp kemenangan pertama team DAMINI FC telah di taja oleh ADIDAS bg set jersi ( sebenarnya EN BOB yg kuarkan budget utk beli jersi Tq BIG BOSSS).


DAMINI FC yg baru tgk tranformasi yg hebat dr jersi warna biru ke warna kuning ( macam warna rasmi MALAYSIA kan) .Gambar ni dirakamkan sewaktu DAMINI FC menyertai kejohanan 9 sebelah PIALA YDP anjuran MAjlis Perbandaran Petaling JAYA .

Jersi baru ini di tempah oleh supplier kami iaitu en azmi ( dulu tauke baju skrg dh ubh jd tauke emas) mcm biasa sessi perkenalan pasukan. barisan hadapan dari kiri apiz,zamani, zaquan, farhan&samsudin. barisan belakang dar kiri jugak azrul, yazid,aku(captain) & sham. 

Untuk pengetahuan kejohanan ini disertai lebih drpd 100 buah pasukan sekitar petaling jaya. DAMINI FC diletakkan bersama dgn grup MPPJ B, dua lagi team aku lupa daaaaaaa. sowy. Yang pasti peringkat kumpulan DAMINI FC kalahkan satu team tu 3-0 (sbnrnye dpt kemenangan percuma sbb pasukan tu x dtg huuhuhhu) team kedua MMPJ B tumpas kpd DAMINI FC 0-1( kalo dpt rakan game tu mmg best sbb dh mcm pasukan Malaysia vs Chelsea dah mn taknye DAMINI FC jersi kuning dan MPPJ jersi biru haahahhahhahhaa. game tu mmg best ) dan perlawanan ketiga DAMINI FC kalah 2-0 ( actually game tu blh draw tp last minute samsudin blh bg penalti plak terus down semua hahahahahaa. biasala mental tak kuat huhuhhuuuuu) time kejohanan ni pengurus merangkup coach iaitu en khairul sdg berada di CHINA so hilang arah la semua nasib ada penolong pengurus ada iaitu hairi aka limbong .
Tapi takpe walaupun tumpas DAMINI FC tetap layak ke pusingan kedua hahahahahaha mcm main kat Piala AFF plak.

 Kusangka kecemerlangan DAMINI FC dpt diteruskan di pusing kedua rupa2 nye hampehhhhhhhhh.Pada perlawanan  kedua  menyaksiakan DAMINI FC bertemu dgn pasukan Pemuda Puchong FC ( team ni semua india) pasukan ini merupakan juara kumpulan G.

Kalo tgk game ni dah mcm perlawanan world cup Malaysia bertemu Ghana mana taknye DAMINI FC mcm biasa la berjersi serba kuning pasukan lawan plak semua warna hijau dr bj ke seluar sampai  ke stokin smua hijau yg bhgian dalam aku x check plak hahahahhaha ( kalo dah KEL**G KEL88G jgk kan) Perlawanan ni DAMINI FC kalah 0-3 mn taknye aku x th la dorng ni mkn ape. seluruh penjuru padang dorang ni ada jer. kn ayam pasukan aku. dah la main tgh panas pkul 2 ptg baiknye matahari terpacak kat ats kepala mmg la kalah hahahahahaha. apa2 pun aku puashati sbb layak smp pusingan kedua. Dgr cite team yg kalahkan pasukan aku jd juara huh mmg terro la dorng ni.

sebelum aku mengakhiri kisah DAMINI FC ni aku nk ucapakn tahniah pada pasukan MALAYSIA jd juara  AFF CUP.
Korang mesti tertanya2 kan apa jd pada DAMINI FC?
tggguuuuuu jawapannya di episod yg akan datang.......... :)







Saturday, January 1, 2011

blog

hahahhaha pg ni tiba2 di tahun baru 1 jan 2011. aku nak mulakan dgn membina blog baru. harap2 blog ni bleh la berkekalan sbb xnak la jd mcam kawan aku si cyclope tua. buat blog akhinye blog jadi blog kosong hahahhahha. 
semoga dgn adanye blog ni aku dpt meluahkan dan mengisi masa lapang aka hobi aku bila dah kn duk dlam hutan nnt :).......

selamat melayari dan membaca serta memahami blog ini......

ini lah blog pertama saya diharap agar blog ini akan berkekalan dan mendapat sambutan .......................... hahahahahahahahahahh