Sunday, August 21, 2011

"Wana Bein Eidiek"

salam ramadhan .

hari ini  penulis  kembali memblogging semula dan memilih lagu arab sbg tajuk blog. mesti korng tak kenal Nancy Ajram kan? sebenarnya penulis pun tak kenal . penulis  mula jatuh cinta dgn lagu dia bila first time dgr lagu dia bertajuk "Wana Bein Eidiek" yg membawa maksud when I'm  in  your arms. 
irama lagu dan video klipnya menarik simple dan sesiapa yg menonton pasti mampu menghayati dan memahami bait- bait seni kata lagu tersebut. Jadi dengar dan hayati la video di bawah ......... selamat mendengar............................  



sebenarnya penulis sedar semenjak akhir- akhir ini penulis gemar mendengar lagu irama timur tengah sbbnya rasa tenang dan relax.( mungkin sebab usia yg sudah menjangkau 3 series sopenulis berpendapat  dgr lagu irama sebegini amat sesuai hahhahhhahhhahahhaha) . Apa- apa pun tahniah kpd penulis lirik berserta penggubah lagu  kerana berjaya menghasilkan sebuah lagu yg sgt baik!!!!!!!. 


pada pandangan peribadi  penulis,  penulis lirik dan penggubah lagu merupakan org yg BRILLIANT kerana mereka mampu mengarang/menulis dan mengubah rentak lagu supaya menjadi satu karya yg tinggi nilai estetiknya dan tidak semua org dikurniakan bakat sebegitu rupa. fikir - fikir kan lah yer..... 


P/S: pada blog kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa gambar sewaktu annual dinner 1001 arabic night.... mmg meriah mcm-mcm fesyen ada. yg pasti penulis dgn kostumnya  yg tersendiri hahahhaahahahhahahha.........




penulis bersama teman baiknya (peminat setia :) )


pakaian ke dua penulis sewaktu menjayakan teater muzikal :)
penulis bergaya bersama trofi yg dimenanginya MOST WANTED  ( apa yg wanted sgt pun x th la )

ini lah dia kakitangan OP 2 yg gila2 hahhhhahahahahhaahhaha
inilah rupa penulis yg sebenarnya hahahahahahhhahha



Wednesday, August 3, 2011

LIVERPOOL FC - ASIAN TouR...

Sebelum memblogging, aku nk ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SALAM RAMADHAN.
hahhhaaha kali ni aku nak cerita ( sebenarnya nak post gambar-gambar jer nak menulis takde idea sangat ahhahahaah) tentang pengalaman menyaksikan perlawanan di antara pasukan HARIMAU MALAYA VS LIVERPOOL FC. 


Penulis bergambar bersama dua org peminat blognya hahhahhahaha












Liverpool FC




Wajah keriangan & kebanggaan terpancar jelas







Apa pun walaupun pasukan HARIMAU MUDA tewas 3-6 aku tetap gembira dan berpuashati. Stadium dipenuhi dgn baju merah (Liverpool fans) yg sporting dan sentiasa menyokong kedua-dua pasukan. ini yg dikatakan Semangat Bola. aku memang berasa sgt bangga sbb inilah kali pertama pasukan LIVERPOOL turun ke MALAYSIA dan aku dpt tgk perlawanan tersebut. hhahahaahaahahahahah

Tuesday, June 28, 2011

Snooker dgn Abg Besar

salam dunia lama aku x memblogging. Siap kena sindir2 lagi dgn peminat2 aku hahahhahahahah. mlm ni aku nk cerita pasal hobi lain aku yg selalu aku habiskan masa dgn geng2 aku . aktiviti tersebut ialah menunjal bola aka Snooker.
gua rs dah mcm mafia italy la hahahhaha     
ok sekarng kita berbalik kepada cerita snooker td. aku kenal kan ahli2 jemaah snooker aku.
jemaah pertama : Pet AKA Champion tp kdg2 Chempiang ( dia skrg aku pnggil abg BEsar) merangkap AJK keselamatan,kalo ada kes kat kedai snooker aku hntr dia dulu tp kalo ada rush polis aku rs dia kena tinggal dulu la  ahahahhaahahhah.
jemaah kedua : Zamani AKA the cedukman. dia AJK bhagian survey kedai snooker bukak ke x? kalo main dgn dia tanam bola hitam sure dia x blh main hahhahahahhahhahaha. slalu kalo mng dgn aku pun sbb bola dah terjuih depan lubang jer tinggal nak jolok jer  hahahahhaahahah
jemaah ketiga : aku la sape lg. aku mcm biasa la gila kuasa dan melantik diri aku sbg pengerusi tetap seumur hidup hahahahahahahhaha.aku xla terror main tp kalo dtg seru , jemaah pertama n kedua ni senang2 jer aku balun hahahhhahahaha.

gaya abg besar menunjal. tips kalo nk main snooker dgn dia kn tgk video sbb dia selalu mng kalo tgk video hahahaa    
gaya the cedukman mem pamerkan skill2 ceduk bola org depan lubang.
tu la sedikit sebnyak cerita aku tentang aktiviti dgn geng2 snooker ni. aku pun dh jarang main dah sbb abg besar dah jarang turun hahahhah.

p/S: pet aka abg besar blog ni khas utk kau hahahahahha.

Saturday, April 23, 2011

Mari la bersenam .....

salam dunia,



lama aku tak memblogging tiba2 hari ni dtg semangat nak memblogging.
hari ni aku nk share video senaman perut yg mungkin para pembaca praktikan sbb sng dan mudah utk di buat di mana2 sahaja.

http://www.youtube.com/watch?v=zE2tIaUyN5k&feature=relmfu

sbnarnye skrg aku sedang cuba nk disiplin kan diri dan nak jaga badan agar sihat sbb dah rasa berat hahahahahahah so saksikan la video di atas .


aku suka gambar ni sbb aku berjaya merosakkannya hahahahaha
p/s di harap dgn ada nya tugas baru ni hidup aku lg teratur dan bertambah rajin .
.

Saturday, February 5, 2011

Hadiah hari lahir >>>>>>>>>

Salam dunia ,

Lama x memblogging  so aku kembali utk memblogging hahahhahahahaha. Sempena menyambut hari lahir yg ke 31 tahun ( perghhh dah msuk 3series dah aku ni! bnyak nk kena jaga mkan&minum aku , amal ibadat aku nk kena tmbah lg ni dan yg plg penting kulit muka nk kena sentiasa maintain tkut kedut hahahahahhaahahahaha). aku nk cite sikit pasal hadiah yg pernah aku terima. aku rs setiap org pernah terima atau akan terima hadiah setiap kali menyambut ulang tahun hari lahir korang percaya atau tidak ikut korng la hahaahahhahahha.
hahahaha kat office aku sape2 nye hari lahir akan dpt habuan cam ni , kalo tgk btul2 cam in memory with love hahahahhah. ( gambar tak boleh pilih nsib la kalo gambar x pose maut :) ) tq to office aku at least ada jgk yg lainnnye .

ok sekarang kt berbalik semua kpd topik utama kita, dlm hidup aku sepanjang 31 kali menyambut ulang tahun kelahiran aku ada beberpa hadiah yg aku terima sgt bermakna dlm hidup aku walupun x seberapa :)
kes pertama -  aku dpt hadiah pendrive dr kakak aku perghhhh tu mmg kebetulan aku mmg tgh cari pendrive sbb aku nye dah penuh tiba2 kakak aku dgn selambar bg pendrive tu sbg  hadiah bday hahahahahahaha senyum lebar aku . walaupun x seberpa tp impaknya sgt besar sbb menyelamatkan segala report yg aku buat hahahahaah tq sis.
kes kedua - dpt jam Guess . smp skrg ada jam tu dan yg paling aku syg . hajat nak waris kepada anak aku hahahahahahhha.
kes plg berat dan gempak- ada seseorng belanja aku tgk mini show Anuar Zain. perghhhh tu mmg pling best and grand . Smp skrg aku x blh lupa mini show tu xth la mcm mn nak blas hadiah tu tp aku percaya satu hari nnt aku akan bagi blik hadiah yg setimpal pada org tu AMINNNNNNN.


ni beberapa aksi anuar zain yg smpt aku snap. ( suara anuar zain mmg merdu ptt la ramai pompuan gila2 kan dia hahahahahhaha )



ada bnyak lg photo yg aku snap tp xnak la share kat sini hahahahahhahaha. 

 Pada aku hadiah yg kita terima pada hr ulang tahun kelahiran kita adalah sbg tnda org tu mengingati kita . tak kira murah ke mahal, besar ke kecik, banyak ke sikit just kita bersyukur jer . yg penting kita harus bersyukur kepada ALLAH SWT sbb memenjangkan umur kita utk tempoh setahun lagi agar kita berpeluang lagi utk menambah amal ibadat kita serta berbakti kepada org lain . renung2 kan lah yer :) 
aku berdoa dan berharap agar bila dah 3 series ni aku dan kawan2 aku terbuka hati utk mengerjakan segala suruhan-NYA ( xde nak tuang2 lagi dah kawan2 haahhahahaha)



ni hadiah yg aku beli utk diri sendiri hahahaha xperla walaupun torres buat onar di hari lahir ku aku tetap liverpool :)

p/s ada permintaan utk aku buat blog pasal snooker (sukan tambahan yg aku selalu hbiskan masa dgn kawan aku.) kepada shabat ku saudara rizal aka pet sabar yer permintaaan anda akan dilayan hahahahaha. penulis tgh sibuk mengumpul bhn serta bukti2 kewujudan kelab snooker damini yg di ketuai oleh sy sendiri hahahahahhahahha.)

wasalam

Tuesday, February 1, 2011

Kegembiraan ku ..........

 
aku x th kenapa aku minat sgt dgn lagu ni mungkin bahasa senikatanya 
sgt putis dan telah mencapai tahap tertinggi serta memerlukan 
  pengamatan&penghayatan yg sgt dalam >>>>>> hayati lirik lagu ini :)

salam dunia.

setelah beberapa hari tidak sempat memblogging hari ini aku kembali utk memblogging semula. aku memutuskan utk  memilih tajuk KEGEMBIRAAN KU.... agak ringkas tajuknya tp kalau kita hayati dan fahami mungkin memberi seribu satu makna kepada kita, cuma terpulang kepada individu itu menterjemahkannnya .

 Pagi tadi aku tertarik dgn ayat boss aku yg berbunyi " sebenarnya dlm kehidupan seharian kita komuniti di pejabat merupakan org yg selalu kita jumpa dan tanpa kita sedari dlm sehari kita akan luangkan masa selama 8 jam dgn mereka" hurmmm yerla aku baru sedar kebenaran tentang ayat boss aku tadi. so kepada jabatan operasi 2 tq sbb menceriakan hidup aku . tak lupa jugak warga DAMINI yg lain ahahahhaahahahhhaa.
ni sebahagian drpd artwork aku yg tak mungkin ada salinan hanya satu dalam Malaysia ,,,,
aku boleh katakan gambar di atas dirakam sewaktu aku di dlm keadaan gembira mana tidaknya kalo aku dh bergabung dgn geng 4 jahanam ni mmg hancus dan akan ada sessi bahan membahan smp dah takde bahan. nasib la masing2 dah lama kenal hati budi masing2 kalo tidak mau terbang semua benda. ahahhahhahahahaha tp tu lah kawan aku hurmm mcam2 perangai apa2 pun lantak la korng jnji korng gembira......aku mcm biasa la tetap aku yg mcm dulu dan mcm biasa kalo aku xde pejabat tu sunyi jer mcm ada kematian tp bila aku ada nah ambik kau terpekik2 dgr suara aku yg tinggi mcm azlan the typewriter. 

gambar kenangan sewaktu majlis rumah terbuka jabatan operasi 2 mmg meriah kan ahahahhahahahahah
Ni salah satu kenangan yg mungkin aku tak boleh lupakan . tgk la sendiri masing2 dah kuar kan perangai gila2 masing hahahahhahahaa. Sebenarnya budak- budak OP 2 ni banyak simpan kuku tp sekali dtg perangai gila
senduk pun boleh jadi bahan . apa2 pun ini la kawan - kawan aku yg ada dlm hidup ku. hahhahahha.


ni wajah serta penampilan aku yg terbaru ;)




aku mcm biasa la dgn gaya aku yg berbeza dan ranggi metropolitan, rambut stail tobek kena sagat sebelah kiri hahhahha sekurang2nya aku ada trademark tersendiri :) ( ala nnt aku akan back balik jd mcm org normal la hidup ikut aturan bukan apa tak best la jadi org skema ni hahahahahhahahhaahhah lagipun apa kena mengena gaya dgn budi perkerti .). ada satu kata2 pujangga yg nak aku kongsi dgn korang " setiap org yg kita jumpa dlm hidup kita ada nilai dan keistimewaan mereka tersendiri jadi belajar la memahami mereka kerana sekirnya kita berjumpa dgn org yg seakan- akan sama seperti mereka, maka mudah la kita utk memahaminya - fikir2 kan la yer"
sebelum aku mengakhiri sessi memblogging ni ada satu benda yg aku nak share dgn semua org . Sebenarnya aku sgt gembira dan suka bila semua org di sekeliling aku gembira dan suka sbb aku tp aku tak tahu smp bila aku mampu utk mengembirkan semua org sbb aku th satu hari nnt tugas aku akan berakhir juga.............
p/s hari ni  bday aku yg ke 31 tahun so kna la rajin buat amal ibadat ahahahahahaah (mengingatkan diri sndiri dan sapa2 yg teringat )

Wednesday, January 26, 2011

Sukan Baru yg aku Ceburi ........

Salam dunia.............

Hari ni aku akan memblogging pasal sukan yg baru aku ceburi dan berjinak-jinak . diam tak diam dah dekat setahun lebih aku terlibat didalam sukan ini. Korang nak tahu sukan ape??? cuba teka tettttttttttttttttttt masa dah tamat!!! jawapannya adalah sukan GOLF>>>>>>>>>>>. Tp sebelum aku memblogging kita layan dulu video di bawah   .... ( sekadar hiburan tak ada kena mengena dgn sukan golf pun haahahahahhahahhaha)


Sekarang kita sambung balik memblogging pasal kisah sukan yg baru aku ceburi tu.mesti korang tertanya - tanya mana datang minat n idea nak ceburi sukan golf ni . kisahnya bermula kira-kira setahun lebih yg lepas aku, mimie & shamie duk minum2 tiba mimie tnya korng x minat nak belajar main golf? Maka bermula dr situ lah minat terhadap sukan golf dtg. ( tp yg aku bengang kat mimie smp sekarang sbb dia yg bg idea alih2 smp sekarng set golf pun xde nak menghayun lagi la x reti . aku rs aku th sbb ape dia jd mcm tu mungkin dia merajuk dan patah semangat sbb masa kitaorng pg test set golf , pekerja kedai golf tu sudah ckp kat mimie "abg, abg pegang kayu golf dah mcm nak sebat biawak... aku dgn shamie dgr bantai gelak kaw2 nye. tp kalo aku jd mimie mau kayu golf tu melekat kat kepala macha tu hahahahahhahahhaa. xpe mimie aku blh ajr kau  yuran aku kenakan murah jer RM 150 / jasmine hahahahaahahhahahaah )

ada macam TIGER WOOD  tak ???


Bagi mereka yg tak pernah cuba memukul bola golf kalo ada masa cuba2 la yer, nampak mcm senang tp sebenarnya sgt susah. Pertama kali aku turun berlatih memukul kat driving range mak aiiii nak habiskan 100 biji bola mmg seksa sampai jari melecet hahahahhahaha mmg lawak tapi skrng ni setakat 200 biji selamba jer aku hayun ;) . Driving range bertujuan utk melatih kita dalam mendapatkan rentak hayunan serta bagaimana kita nak mengawal arah tuju bola. Kalo selalu turun berlatih ,pasti hayunan anda power dan cantik hahahahahhha. tu la pengalaman pertama turun driving range. Sekarng kita cerita pengalaman pertama aku turun bermain di lapangan golf sebenar. Mula - mula agk nerves jgk la maklum la pertama kali main di lapangan tu pun 9 lubang jer . aku bwak bekalan 20biji bola bila habis main tinggal 2 biji jer hahahahahahahahah pegghhhhhhhhhhh mmg ssh main golf ni .Tp tu dulu la skrg ni kalo bwak 20 biji kalo hilang pun 2-3 biji jer tu pun sbb msuk dlm air dan yg paling best aku dah main 18 lubang ( fuhhhh mencabar jgk rupanye).


uhhhhh sgt bergaya !!!!!!!

Mesti dalam fikiran korng ada persoalan apa bestnye main golf ni? meh sini aku jawab sbb utama ialah kita akan rs teruja bila hayunan yg di buat cantik serta mantap dan bola yg dipukul betul2 landing dekat dgn pin hole nak2 bola tu terus masuk lubang perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  keterujaannya mmg ssh nk di ucapkan dgn  kata2 apa lagi nak di zahirkan dgn perbuatan, pendek kata sapa2 yg selalu main golf tahu la perasaan yg cuba aku gambarkan .................. classs gitu.
antara aksi2 aku yg dirakan oleh wartawan sukan ahahhahah

Sebelum aku akhiri blogging aku ni. aku nak bg beberapa tips yg berguna kalo sapa-sapa nk menceburi sukan GOLF ni :-
  • kepala kena tgk bola waktu nak buat pukulan dan jgn  angkat kepala walaupun pukulan dah dibuat sbb bila angkat kepala mmg la bola yg dipukul tak pegi jauh sbb pukulan tersebut  hanya kena pada bahagian ats bola shj.(contoh sila rujuk gambar no 1 ala gambar masa aku nak tee off tu )
  • tangan kiri mesti sentiasa lurus dan kuat  sewaktu buat pukulan sbb kalo tangan kiri lurus maka impak terhadap bola akan mantap.(contoh gambar no 2 tu ahahhahhhha)
  • jangan terlampau menghenyak bola sewaktu melakukan pukalan sbb korng rs mcm dpt pukul jauh bila henyak bola tetapi teori tersebut salah . sebabnya  apabila kita mengenakan tekanan yg lebih sewaktu melakukan pukulan maka hasil hayunan akan menjadi tidak kemas dan tidak stabil.
  • mental kena kuat sewaktu bermain di lapangan . bermain ikut keselesaan diri bukan mengikut pencabar anda.( sukan golf adalah pertarungan diantara anda dgn padang golf . setiap lubang mempunyai tahap kesukaran yg tersendiri.)
  • kena rajin pergi driving range praktis pukul. kalo nk cpt pandai sekali  pukul 1000 biji bola ( conferm korng power x pun jd gila hahaahhahahha)
  • jgn tkut hitam sbb main golf mmg kn berjemur br feel .( pakai la bnyak mana sunblock tetap hitam jugak)
  • duit kena banyak hahahahahahahahahahahahahahhaahahah .
itu saja tips yg dpt aku bg . kpd pembaca - pembaca blog yg berminat nak belajar atau merasa menghayun kayu golf , sila tinggalkan komen anda dan anda akan di layan sebentar lagi huhuhuhuhuhuhu :)

p/s aku x berkesempatan nak cuba night golfing hope nnt dpt la aku main.

selamat melayari dan membaca serta memahami blog ini......

ini lah blog pertama saya diharap agar blog ini akan berkekalan dan mendapat sambutan .......................... hahahahahahahahahahh